

Tempoh penyertaan: 14.03 – 08.05.2025
Pengumuman finalis: 20.05.2025
Pertandingan Peringkat Akhir: 10 & 11.06.2025
Lokasi Pertandingan: Genting International Showroom (GISR), Resorts World Genting
Genting Culinary Classic 2025, yang dihoskan oleh Resorts World Genting dengan kerjasama HAPA® memberikan sokongan padu terhadap bakat dan kekayaan warisan kulinari di Malaysia. Pertandingan ini merupakan satu pencapaian penting kerana ini adalah pertandingan masakan oleh Resorts World Genting yang julung-julung kali diadakan, bakal menjadi acara tahunan yang membentuk kalendar masakan di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-60 Genting, acara ini menyediakan platform untuk penggemar makanan juga cef tempatan dan residen berumur 18 tahun ke atas untuk menyerlahkan kreativiti, kemahiran dan minat mereka.
Genting Culinary Classic dengan kerjasama HAPA® ini merupakan lebih daripada sekadar pertandingan, ia menawarkan peluang kerjaya unik yang lebih baik dan pendedahan industri. Sertai kami dalam meraikan kecemerlangan, mendukung inovasi dan meningkat ke tahap yang baharu dalam dunia masakan.
Mengapa anda perlu menyertai Genting Culinary Classic 2025 dengan kerjasama HAPA®?
Sama ada anda adalah cef di restoran bertaraf Michelin-starred atau cef di rumah, sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai.
Pertandingan peringkat akhir akan diadakan secara langsung dan bersemuka, di mana 20 cef teratas akan bertanding untuk mencipta hidangan mesra Muslim, mematuhi garis panduan tanpa ramuan berunsurkan babi dan alkohol.
Ayuh sertai pertandingan memasak berprestij yang bakal mengangkat dan menonjolkan bakat-bakat masakan yang ada. Genting Culinary Classic sememangnya akan menjadi acara tahunan yang tidak boleh dilepaskan!
Hadiah:
Tempat Pertama: Bernilai RM25,000 (Termasuk wang tunai bernilai RM20,000, hadiah bernilai RM5,000)
Dinobatkan sebagai Johan Genting Culinary Classic 2025
Tempat Kedua: Bernilai RM15,000 (Termasuk wang tunai bernilai RM11,000, hadiah bernilai RM4,000)
Dinobatkan sebagai Naib Johan Genting Culinary Classic 2025
Tempat Ketiga, Tempat Keempat, Tempat Kelima: Bernilai RM10,000 (Termasuk wang tunai bernilai RM7,000, hadiah bernilai RM3,000)
Diiktiraf sebagai Pemenang Genting Culinary Classic 2025
Tambahan, pemenang berpeluang mempamerkan hidangan kemenangan mereka di cawangan restoran Resorts World Genting.
Cara penyertaan Genting Culinary Classic 2025
Apabila anda mendaftar melalui pautan di bawah, anda akan diminta untuk menyediakan butir-butir peribadi beserta satu hidangan tempatan utama.
Sediakan salinan digital untuk maklumat-maklumat di bawah:
Hanya 20 finalis akan dipilih untuk bertanding dalam pertandingan 2 hari tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil HAPA® di bawah:
Jennifer Ong
Ketua Pegawai Eksekutif HAPA®
E-mel: jennifer.ong@hapa.asia
Telefon: +60 17 209 0911
Joshua Ernest
Pengarah Pembangunan Perniagaan HAPA®
E-mel: joshua.ernest@hapa.asia
Telefon: +60 12 446 4698