Tip Keselamatan & Sekuriti Untuk Kad Genting Rewards Anda

Kad Genting Rewards ialah identiti unik anda untuk memperoleh ganjaran dan membelanjakan Mata Ganjaran di resort kami. Untuk keselamatan dan sekuriti maklumat peribadi anda, berikut ialah beberapa petua untuk memastikan PIN dan log masuk mudah alih Genting Rewards anda tidak mudah terjejas.

Sila:

  • Simpan kad Genting Rewards anda di tempat yang selamat
  • Tutup pad kekunci apabila anda memasukkan PIN anda
  • Tetapkan kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun keahlian Genting Rewards anda

Jangan:

  • JANGAN kongsi PIN/ kata laluan anda dengan orang lain, walaupun dengan rakan atau keluarga anda. Sila rahsiakan PIN/kata laluan anda.
  • JANGAN kongsi PIN/kata laluan anda melalui e-mel, aplikasi pemesejan segera, panggilan telefon, SMS atau sebarang cara komunikasi lain yang tidak selamat.
  • JANGAN hantar kad Genting Rewards anda kepada orang lain untuk digunakan. Anda bertanggungjawab untuk mencegah penyalahgunaan kad anda untuk mengelakkan sebarang akibat yang tidak dapat diramalkan yang boleh menyebabkan keahlian anda ditamatkan.

Jaga-jaga! Jangan klik pada pautan atau lampiran yang mencurigakan.

Jika anda kehilangan kad Genting Rewards atau mendapati kad Genting Rewards anda disalahgunakan, sila hubungi kami dengan segera melalui saluran komunikasi ini:

  • Emel kami di customercare@rwgenting.com
  • Hubungi kami di talian hotline keahlian kami di +603 6105 2028
  • Hubungi Kaunter Perkhidmatan Tetamu di lokasi ini:
    • Tingkat 2, SkyAvenue (Bertentangan Sky VR)
      • Buka 24 jam
    • Aras lobi, Genting Grand
      • Jumaat – Isnin, 6 pagi – 3 pagi

   

Kekalkan Ganjaran Anda: Penebusan Berasaskan PIN

Untuk keselamatan dan kemudahan ahli Genting Rewards, kami memerlukan anda untuk memasukkan PIN e-CASH bagi semua transaksi penebusan mata di cawangan yang mengambil bahagian.

Untuk proses penebusan yang lebih lancar, anda dikehendaki mengaktifkan PIN secara segera sebelum penggunaan.

Apa yang anda perlu lakukan jika:

 


Tentang PIN e-CASH

PIN e-CASH ialah kod rahsia yang anda pilih untuk membuktikan anda adalah pemegang sah akaun e-CASH di bawah kad Genting Rewards. PIN anda mesti sentiasa dirahsiakan dan tidak pernah dicatatkan di mana-mana.

Apakah kegunaan PIN e-CASH?

Anda memerlukan PIN e-CASH untuk mengesahkan transaksi atau aktiviti tertentu di resort, seperti pengeluaran e-CASH, penebusan baucar, transaksi penebusan mata dan banyak lagi.

Bagaimanakah transaksi penebusan mata berasaskan PIN berfungsi di tempat jualan?

LANGKAH 1: 

  • Kad Keahlian Fizikal: Ketik kad keahlian Genting Rewards anda di terminal tempat jualan

LANGKAH 2: 

  • Masukkan PIN 6 digit anda dengan selamat