Notis Penting
Resorts World Awnaa disahkan sebagai “Chinese Friendly Hotel” oleh Trip.com, dengan layanan dan pengalaman terbaik untuk semua.
Permata tersembunyi di dalam hutan khatulistiwa, 3,100 kaki dari aras laut Semenanjung Malaysia.
Terletak 35 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur dan di hujung Selatan Banjaran Titiwangsa, resort yang berinspirasikan alam semula jadi ini merupakan destinasi yang ideal untuk pelancong datang berehat dari kesibukan kota. Pelbagai aktiviti ada ditawarkan disini, termasuklah golf di padang pergunungan ikonik 18 lubang, trekking melalui hutan yang berusia 130 juta tahun dan memerhati burung eksotik.
Di Resorts World Awana, tersedia AYU Awana, restoran gaya hidup tropika pertama di Malaysia dan poolside lounge.
Resort ini terletak hanya 5 hingga 10 minit dengan kereta dari Genting Highlands Premium Outlets. Kami juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik percuma ke Genting Highlands Premium Outlets secara berkala dari lobi hotel.