Arked Berstail Retro

Bersedialah untuk permainan klasik seperti Pac-Man dan Street Fighter yang membawa anda ke zaman kanak-kanak, manakala tambahan permainan baharu seperti Time Crisis 5 menawarkan pengalaman menembak laser yang mengasyikkan bagi mereka yang bersedia menghadapi cabaran.

Lihat berapa banyak bola keranjang yang anda boleh lemparkan melalui gelung dan uji nasib anda dengan mesin claw untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!

Lokasi: Lobi Bawah, Genting Grand

Waktu operasi:
Ahad-Khamis: 10 pagi – 10 malam
Jumaat, Sabtu dan Malam Cuti Umum: 10 pagi – 11 malam

Waktu operasi Jeep Safari dan Merry Go Round:
Setiap hari 12 tengah hari - 8 malam

**Semua kredit mainan yang dipaparkan adalah termasuk Duti Hiburan.

Maklumat Penting: Pusat Permainan Video Vision City adalah pusat permainan tanpa tunai. Kami hanya menerima jenis pembayaran tanpa sentuh lain seperti Kad Debit dan Kredit, QR Pay, e-Dompet dan Genting Points di kaunter tiket atau kiosk tiket layan diri .

Apakah itu Tap & Play?
Kad Tap & Play ialah sistem pembayaran tanpa tunai yang mudah di mana nilai kewangan disimpan dalam kad untuk digunakan di terminal yang ditetapkan bagi membolehkan pengguna bermain permainan dengan lebih mudah.


Bagaimanakah kad Tap & Play berfungsi?
Untuk bermain, sentuh kad pada pembaca kecil yang ditetapkan pada mesin yang memaparkan ikon Tap & Play. Harga setiap permainan akan ditolak daripada nilai kad.

Di manakah saya boleh menggunakan kad Tap & Play?
Kad Tap & Play boleh digunakan di semua mesin simulasi video, mesin penebusan, permainan kemahiran, tunggangankanak-kanak dan tunggangan kanak-kanak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Di manakah saya boleh membeli kad Tap & Play?
Kad Tap & Play boleh dibeli di kaunter juruwang yang terletak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Bolehkah saya menambah nilai Tap & Play jika kredit tidak mencukupi?
Ya, tetamu boleh menambah nilai di kaunter dan kiosk juruwang yang terletak di Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Permainan Video Vision City.

Bolehkah baki kredit Tap & Play dikembalikan?
Tidak. Kredit Tap & Play sah selama 90 hari dari aktiviti terakhir. Sebarang baki yang tidak digunakan tidak boleh dikembalikan.

Apakah itu e-Tiket Tap & Play?
Tap & Play e-Tiket ialah mata digital yang diperoleh daripada mesin penebusan dan disimpan dalam kad. Ini boleh ditukar kepada mata penebusan untuk penebusan hadiah.

Apakah nilai Tap & Playe-Tiket?
Setiap 100 mata e-Tiket Tap & Play adalah bersamaan dengan RM2.50.

Adakah mata e-Tiket Tap & Play akan tamat tempoh?
E-Tiket dalam kad Tap & Play adalah sah selama 24 bulan dari tarikh perolehan. Tap & Play e-Tiket tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau sebarang bentuk perkhidmatan/produk lain.

Bagaimanakah saya boleh menebus hadiah menggunakan e-Tiket Tap & Play?

  • Tukar e-Tiket Tap & Play anda kepada Mata Penebusan di kaunter perkhidmatan yang terletak di Taman Permainan Video Vision City.
  • Tunjukkan resit Mata Penebusan dan kad Tap & Play anda sebelum transaksi di The Emporium, Tahap 2, SkyAvenue.
  • Mata Penebusan yang Ditukar mesti digunakan pada tarikh penukaran sahaja dan mata penebusan yang mencukupi diperlukan untuk setiap transaksi.