Anugerah & Penghormatan

 

 

Anugerah Kecemerlangan ASEANTA

Resorts World Genting telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tarikan Pelancongan Baharu Terbaik ASEAN pada Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEAN ke-34. Ketahui Lebih Lanjut

 

 

World Travel Awards

Resorts World Genting dinobatkan sebagai ‘Resort Terunggul Malaysia’ untuk kali kelima dan telah memenanginya selama tiga tahun berturut-turut sejak 2022. World Travel Awards merupakan salah satu anugerah paling berprestij dan dimenangi melalui undian daripada ahli yang diiktiraf. Kemenangan kali kelima ini menjadikan Resorts World Genting sebagai Resort dengan penganugerahan paling banyak di Malaysia! Lihat semua anugerah lepas di sini.




Forbes Travel Guide

Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi diangkat sebagai salah satu hotel dan destinasi terbaik di dunia dengan mengekalkan penarafan 5 Bintang Forbes Travel Guide. Hotel ini telah memperoleh anugerah berprestij ini selama enam secara berturut-turut.
Manakala, Genting Grand diiktiraf sebagai Hartanah 4 Bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai Forbes Recommended Property, menjadikannya tahun ketujuh hotel-hotel ini mengekalkan pengiktirafan masing-masing. Baca lebih lanjut di sini.


 


 

 

Pengiktirafan MAHO

Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) mengiktiraf Resorts World Genting sebagai “Resort Bersepadu Paling Popular dengan Pelbagai Tarikan”. Anugerah ini disampaikan semasa Jubli Perak Ulang Tahun ke-25 MAHO.


 


Anugerah Hospitality Asia (HAPA Group)

Resorts World Genting memenangi anugerah dalam pelbagai kategori termasuk:

  • Crockfords: Anugerah “The Award of Excellence - 5 Star International Recognition (Malaysia's 20 Service Excellence Establishments)”
  • Crockfords & Genting Grand: Anugerah “5-Star Hotel (Malaysia’s Best 30 Hotels & Resorts)”
  • Genting Grand: Anugerah “Hospitality & Tourism Awards - 5 Star Hotel (Malaysia’s 20 Service Excellence Establishments)”
  • Genting SkyWorlds: Anugerah “Theme Park/Water Park/Themed Attraction (Malaysia’s Best 20 Tourism Destinations & Tourist Attractions)”
  • Resorts World Awana: Anugerah “Eco Green Activities (Malaysia’s Best 20 Tourism Destinations & Tourist Attractions)”


 


 

 

Booking.com

Kami memenangi dua anugerah daripada platform tempahan percutian Booking.com dalam Anugerah Ulasan Pelancong dengan skor 8.9 daripada 10 untuk Crockfords dan 8 daripada 10 untuk Highlands Hotel.
Anugerah ini diperoleh sepenuhnya daripada undian pelancong dan disahkan oleh Booking.com.


 




Agoda

Kami memenangi empat anugerah daripada Agoda dalam kategori Anugerah Ulasan Pelanggan untuk Genting SkyWorlds Hotel, Crockfords, Highlands Hotel, dan Resorts World Kijal.
Crockfords menerima penilaian 9.3 daripada 10 daripada pelancong dari seluruh dunia.
Anugerah ini mengiktiraf hartanah atau tarikan yang mempunyai skor “8” atau lebih, dan Genting SkyWorlds Hotel, Highlands Hotel, serta Resorts World Kijal masing-masing memperoleh skor 8.3, 8.2, dan 8.2.